Sunday, 14 July 2013

SICSEF 2013 di SAMURA

Pada 6hb Julai 2013, seramai 5 orang pelajar ( 3 pelajar tahun 6 dan 2 pelajar tahun 5 ) dari sekolah ini telah dijemput untuk menghadiri majlis SICSEF anjuran SM Sains Muar. Ditemani oleh 2 orang guru pengiring ( Cikgu Syafiq Elias dan Cikgu Fitrie Othman ) dan turut hadir, Cikgu Kamaruddin Bin Ali, Guru Besar SK Felda Redong, kami telah disambut baik bersama-sama jemputan-jemputan dari sekolah anak angkat SM Sains Muar.



Kami bertolak dari Felda Redong jam 6.15 petang dan tiba kira-kira jam 8.00 malam. Kehadiran kami dialu-alukan oleh pelajar-pelajar SM Sains Muar yang pernah mengikuti program Jom Masuk Kampung beberapa bulan yang lalu. Kami dibawa kebilik menunggu dan dijamu dengan makanan ringan sebelum kami dibawa ke dewan tempat berlangsungnya program malam kebudayaan sempena SICSEF.

SICSEF atau International Cultural, Science and Education Festival merupakan program tahunan yang dilaksanakan oleh SM Sains Muar. Program yang kali ketiga dijalankan ini melibatkan beberapa buah negara seperi Malaysia, Brunei, Indonesia dan Thailand. Antara program yang dijalankan ialah kuiz Sains dan pendidikan, sukan dan malam kebudayaan.

Kami dijemput untuk menyaksikan malam kebudayaan dimana pertandingan zapin antara pelajar-pelajar negara yang terlibat. Kami juga dihiburkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan dari negara-negara yang terlibat seperti Tarian Menora ( Thailand ), Tarian Kurik Kundi ( Indonesia ), Tarian dari pelajar-pelajar SM Sains Sabah, Koir dan Dikir Barat SAMURA dan banyak lagi. Kami juga terhibur dengan gelagat peserta-peserta dalam pertandingan zapin dimana mereka mempunyai beberapa jam sahaja untuk mempelajari tarian zapin dan mempersembahkannya pada malam itu.








Majlis berakhir lebih kurang jam 11 malam dan sebelum kami bergerak pulang, kami sempat bergambar kenang-kenagan bersama Tuan Haji Samian Sawiyo, Pengetua SM Sains Muar dan kakak dan abang angkat Program Jom Masuk Kampung.

Sunday, 13 January 2013

Asslamualaikum,Pihak Pentadbiran dan Warga SK Felda Redong mengucapkan tahniah kepada cikgu Mohamad Din Bin Abdullah kerana dinaikkan pangkat menjadi Guru Besar SK Pekan Air Panas berkuatkuasa pada 26 Disember 2012.Pihak warga kerja sekolah ini mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan tenaga dan idea beliau sepanjang bertugas di sekolah ini.Semoga sukses di tempat baru.Begitu juga dengan pertukaran cikgu Suria Binti Abdullah Sangguro yang telah pun bertukar ke SK Majidi Baru, Johor Bahru berkuatkuasa pada 1 Januari 2013.Kedua-dua guru berkenaan telah diraikan dalam satu majlis perpisahan yang diadakan pada 12 Januari 2013 di Bilik Gerakan sekolah.Tahniah dan semoga maju jaya di tempat bertugas yang baru.Sekolah juga telah menerima seorang lagi guru j-Qaf iaitu cikgu  Azieta Binti Mohd Ariff yang telah pun memulakan tugas dan hadir mesyuarat pengurusan pertama pada 26 Disember 2012 yang lalu.Beliau anak tempatan Redong dan bekas murid sekolah ini.Juga sekolah ini menerima seorang lagi ustaz dalam latihan j-Qaf bernama Mohd Hafiz Bin Ahmad Fo'ad yang datangnya dari Ipoh,Perak.Semoga kedua-duanya dapat menjalankan tugas dengan dedikasi.