Thursday, 27 December 2012

Melindungi Masa Instruksional

Masa Instruksional bermaksud sebagai masa yang sebenarnya digunakan untuk aktiviti pembelajaran tanpa gangguan.
Masa instruksional  perlu dilindungi. Menurut Levin dan Tsang (1987) melindungi masa instruksional  (MMI) melibatkan 4 elemen :
a)  Masa Persekolahan (Allocated schooling time) : Jumlah masa murid hadir ke sekolah.
b)   Masa Bilik Darjah (Allocated class time) : Jumlah masa murid berada dalam kelas (tidak termasuk waktu rehat, pertukaran kelas, waktu makan tengah hari dan lain-lain). Ia merupakan subkategori masa persekolahan.
c)  Masa Instruksional (Instructional time) : Jumlah masa yang digunakan untuk instruksional (tidak termasuk gangguan, pergurusan rekod dan lain-lain)
d)  Masa Pembelajaran Akademik (Academik learning time) : Jumlah masa instruksional di mana murid memberi perhatian dan menerima instruksion pada tahap penguasaan tertentu serta berlakunya pembelajaran berkesan atau bermakna.
 
 

Tuesday, 25 December 2012

Tentatif Mesyuarat Pengurusan Sekolah

Assalamualaikum,berikut adalah tentatif mesyuarat yang akan dijalankan pada 26 Disember 2012

Jam 8.00 pagi - 9.00 pagi            -  Taklimat Pengurusan Cuti dan Perakan Waktu
Jam 9.00 pagi - 10.00 pagi          -  Taklimat Kewangan dan Bajet
Jam 10.00 pagi - 10.30 pagi        - Kudapan
Jam 10.30 pagi - 12.30 tgh          - Mesyuarat Pengurusan Sekolah
Jam 12.30 tgh - 2.00 ptg              - Jamuan Tengah Hari dan Solat Zohor
Jam 2.00 ptg - 4.00 ptg.               - Mesyuarat Kurikulum

Pada 27 Disember 2012

Jam 8.00 pagi   - 10.00 pagi - Mesyuarat Pengurusan HEM
Jam 10.00 pagi  - 10.30 pagi - Kudapan
Jam 10.30 pagi  - 12.30 tgh   - Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum
Jam 12.30 tgh.  - 2.00 ptg     - Jamuan dan Solat Zohor
Jam 2.00 ptg  - 3.00 ptg        - Mesyuarat Panitia BM,BI,AI,SN
Jam 3.00 ptg -  Jam 4.00 ptg - Mesyuarat Panitia MT,KT,KH,PSV,PSK

Pada 28 dan 29 Disember 2012 - Diminta semua rakan-rakan membantu Cg Mohd Nazli dan Cg Sharil menguruskan jualan buku dan peralatan sekolah.Juga melakukan persediaan dan persiapan mengurus kelas-kelas agar kerusi dan meja mencukupi dan lebihkan sekurang-kurangnya 5 buah.

Pada 31 Disember 2012 - Minggu orientasi murid Pra Sekolah dan Tahun 1.Diminta semua rakan guru membantu guru-guru berkenaan agar perjalanan majlis berjalan dengan lancar.

Diharapkan semoga semua rakan guru dapat menepati masa yang ditetapkan agar perjalanan majlis berjalan lancar tanpa ralat.Sekian untuk makluman semua.Terima kasih daripada GPK 1.