Monday, 31 January 2011

MAKLUMAN TERKINI


Dengan persetujuan dan kebenaran PPPDR Segamat, hari persekolahan bagi ISNIN 31 JANUARI 2011 dan SELASA 1 FEBRUARI 2011 akan ditutup kerana jambatan yang menghubungkan Felda Redong telah terputus sejauh 10 kaki. Justeru itu, hari persekolahan ganti akan dijalankan pada hari SABTU 12 FEBRUARI 2011 dan hari SABTU 26 FEBRUARI 2011 dengan mengikut jadual waktu PNP hari Isnin dan Selasa.

Selamat bercuti dan Selamat Tahun Baru Cina 2011.


Kami warga SK LKTP Redong mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang merayakannya. Selamat bercuti dan sentiasa berwaspada dengan bencana alam seperti banjir dan sebagainya. Keselamaa\tan keluarga adalah sangat penting.

Kepada pelajar-pelajar SK LKTP Redong, selamat bercuti dan banyakkan membaca bagi memenuhi waktu terluang ini.

Sunday, 30 January 2011

MAKLUMAN TERKINI

TERKINI : Jambatan masuk ke Felda Redong telah terputus sejauh 10 kaki. Dengan kebenaran Tuan PPPDR Segamat diishtiharkan bahawa ISNIN, 31 JANUARI 2011 , Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Redong akan ditutup. Hari sekolah akan digantikan pada hari SABTU 12 FEBRUARI 2011.

* Guru Besar SK LKTP Redong, Cg Kamaruddin Bin Ali adalah antara mangsa banjir yang melanda di Labis. Beliau kini berada Pusat Pemindahan Banjir Dewan Paya Merah, Labis. Kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak, harapan kami agar semua menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda masing-masing.



Di pekan Labis

Gambar menunjukkan keadaan banjir di simpang masuk Felda Redong

Thursday, 27 January 2011

Download Fail Meja Kajian Tindakan

Satu taklimat ringkas berkaitan dengan Kajian Tindakan akan diadakan pada 29 Januari 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat, SK LKTP Redong. Sehubungan dengan itu, bagi memudahkan kefahaman dan mengetahui format penulisan kajian tindakan, guru-guru boleh memuat turun Fail Meja Kajian Tindakan anda dipautan yang disediakan dibawah ini.

Walau bagaimana pun, Fail Meja Kajian Tindakan ini adalah edisi terhad kepada guru-guru SK LKTP Redong sahaja. Anda boleh mendapatkan password untuk muat turun daripada penyelaras blog sekolah, Cikgu Nor Rassid atau Cikgu Fitrie Othman. Klik link dibawah ini.

Thursday, 20 January 2011

Majlis Excellent UPSR

Pada 21 Januari 2011, SK LKTP Redong telah menjalankan satu program untuk tahun 6. Majlis yang diadakan di dewan sekolah ini dirasmikan oleh En Ali Bin Osman, Pengurus Felda Redong bersama-sama jemputan khas lain.









Slideshow Album Majlis Excellent UPSR

Wednesday, 19 January 2011

Harapan Calon UPSR

Berikut adalah rakaman-rakaman antara pelajar-pelajar kami terhadap harapan dan impian UPSR mereka. Semoga mereka mencapai kejayaan seperti yang mereka harapkan, InsyaAllah.







Harapan Kepada Calon UPSR

Sempena perjumpaan Guru Besar, En Kamaruddin Bin Ali, bersama-sama dengan ibu bapa pelajar tahun 6, SK LKTP Redong, ajk majlis perjumpaan EXCELLENT UPSR ini, sempat merakamkan ucapan dan harapan beberapa orang guru sekolah ini kepada semua pelajar-pelajar Tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada tahun ini. Semoga dengan adanya kata-kata semangat dari guru-guru ini, menambahkan lagi motivasi, keazaman dan iltizam semua calon-calon UPSR untuk melakukan yang terbaik.









TERKINI : Harapan Pengurus Felda Redong

Monday, 17 January 2011

Tentang Sekolah

Kini beberapa halaman berkaitan tentang sekolah, Kurikulum, HEM dan Ko Kurikulum telah pun dibina. Walau bagaimana pun, beberapa artikel berkaitan sejarah sekolah telah pun di bina dan masih banyak lagi yang perlu dipaparkan.

Bagi mendapatkan maklumat tentang sejarah sekolah, Kurikulum, HEM dan Ko Kurikulum, anda boleh klik 'title bar' di atas. Harap maklum. Sebarang pendapat dan cadangan adalah dialu-alukan. Terima kasih.

Saturday, 15 January 2011

Selamat Datang

Selamat datang ke blog rasmi SK LKTP Redong. Tujuan blog ini diwujudkan adalah sebagai satu medium bagi pihak luar untuk mengenali kami, mendapatkan maklumat tentang kami serta mengetahui perkara-perkara seperti pengumuman terkini pihak sekolah, aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan serta muat turun pelbagai bahan yang akan kami pautkan tidak lama lagi.

Kami juga berharap dengan wujudnya blog ini, akan menambahbaik lagi sistem penyampaian maklumat pihak sekolah kepada ibu bapa dan pelajar khususnya.